Campus

ARICG UUM ambil bahagian dalam Festival of Idea (FOI) Kedah 2025

Berita dan gambar Norfaiz Ab. Mutalib

SINTOK, 13 Oktober 2025: Asian Research Institute for Corporate Governance (ARICG) Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mengambil bahagian secara aktif dalam program Festival of Idea (FOI) Kedah yang dianjurkan bersama oleh UUM dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bermula dari 9 hingga 11 Oktober 2025.

Pengarah ARICG, Prof. Dr. Noor Afza Amran berkata, Festival of Idea ini merupakan platform utama untuk mempromosikan pertukaran idea dan pengetahuan dalam pelbagai bidang, termasuk tadbir urus korporat, yang menjadi fokus utama ARICG.

Menurutnya, penyertaan ARICG dalam festival ini memberikan peluang kepada penyelidik dan akademik untuk berkongsi hasil kajian serta berinteraksi dengan wakil industri, kerajaan, dan komuniti akademik.

Program tiga hari ini turut menampilkan sesi forum, bengkel, dan pameran yang memfokuskan kepada inovasi dan pembangunan intelektual yang relevan dengan keperluan semasa negara.

Selain itu juga ARICG turut terlibat sebagai sektretariat Pertandingan Seni Visual bertemakan Kedahku 2035 yang melibatkan seramai 15 peserta.

Hadiah dan Cenderahati kepada pemenang dan peserta telah disampaikan oleh Dr. Noor Afza.

Penyertaan ARICG dalam FOI 2025 menunjukkan komitmen ARICG dalam menyokong misi UUM untuk menjadi pusat kecemerlangan dalam penyelidikan dan pembangunan tadbir urus korporat di peringkat serantau dan antarabangsa.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button