Campus

TeSCE, STML terima kunjungan Hualang Renewable Energy Sdn. Bhd.

Berita dan gambar Prof. Madya Dr. Shafini Mohd Shafie

SINTOK, 5 Ogos 2026: Institut Kecemerlangan Teknologi dan Rantaian Bekalan (TeSCE), Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML), Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menerima kunjungan delegasi Hualang Renewable Energy Sdn. Bhd., baru-baru ini.

Delegasi yang diketuai oleh Dato’ Setia JP Tan itu bertujuan bagi mengadakan perbincangan strategik berkaitan potensi kerjasama dalam bidang penyelidikan, pembangunan teknologi dan kolaborasi industri.

Perbincangan yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama (BMU), STML ini dihadiri oleh Pengarah TeSCE, Prof. Madya Dr. Shafini Mohd Shafie dan turut dihadiri oleh Timbalan Dekan Akademik (Penyelidikan dan Inovasi) STML, Prof. Log. Ts. Dr. Mohd. Rizal Razalli yang mewakili Dekan STML; Research Fellow dan Associate Research Fellow TeSCE.

Sesi perbincangan memfokuskan kepada penerokaan peluang kerjasama strategik antara TESCE dan Hualang Renewable Energy Sdn. Bhd., meliputi penyelidikan bersama, pembangunan teknologi tenaga boleh diperbaharui, konsultansi industri, latihan profesional, pemindahan teknologi serta pembangunan modal insan bagi menyokong agenda kelestarian dan peralihan tenaga negara.

Lawatan ini diharapkan menjadi titik permulaan kepada kerjasama jangka panjang antara pihak akademia dan industri dalam menghasilkan penyelidikan berimpak tinggi serta inovasi yang memberi manfaat kepada pembangunan sektor tenaga boleh diperbaharui di Malaysia.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button