AsiaEducation

MBA UUM Terbaik di Malaysia, 200 terbaik dunia

SINTOK: Othman Yeop Abdullah Graduate School of Business (OYAGSB), Universiti Utara Malaysia (UUM) sekali lagi mencatatkan kejayaan besar apabila kekal tersenarai dalam kelompok 151-200 universiti terbaik di dunia berdasarkan QS Global MBA Rankings 2025.

Kedudukan ini sekali gus meletakkan UUM sebagai universiti terbaik di Malaysia. Kejayaan ini juga menyaksikan UUM melonjak ke tangga ke-23 dari 28 di peringkat Asia dan berjaya mengekalkan reputasinya sebagai pusat pendidikan pengurusan terkemuka di rantau ini.

Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Mohd Foad Sakdan melahirkan rasa gembira dengan pencapaian tersebut.

Menurutnya, UUM bukan sahaja kekal tersenarai, malah melonjak berada di tangga ke-23 berbanding 28 pada tahun sebelumnya di peringat Asia, menakjubkan.

“Tahniah dan terima kasih kepada semua staf UUM yang terlibat secara langsung atau tidak langsung khususnya OYAGSB.

“Saya berharap ini bukan pencapaian yang membuat kita boleh duduk selesa, sebaliknya teruskan berusaha mengekalkan dan tingkatkan lagi kedudukan UUM di persada antarabangsa,” katanya.

QS Global MBA Rankings 2025 melibatkan 340 program MBA di seluruh dunia dan menilai prestasi institusi berdasarkan lima indikator utama iaitu Diversity, Alumni Outcomes, Return On Investment (ROI), Thought Leadership, dan Employability.

Menurut laporan yang diterbitkan, kedudukan UUM dalam QS Global MBA Rangkings 2025 telah meningkat secara konsisten sejak empat tahun kebelakangan ini. Pada tahun 2022 dan 2023, Program MBA OYAGSB berada dalam lingkungan 201-250, namun melonjak ke 151-200 pada tahun 2024 dan kekal dalam kelompok yang sama untuk penarafan tahun 2025.

Lonjakan yang dicapai adalah hasil usaha berterusan untuk memastikan pelajar yang dihasilkan dapat memenuhi tuntutan pasaran pekerjaan global serta menjadi pemimpin yang dihormati dalam pelbagai industri. – Nur Liyana Noor Ismadee/Nordiana Shafiee

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button