Campus

14 staf UUM terima watikah kenaikan pangkat

Gambar Shamsaimi Ezil

SINTOK, 27 Mac 2025: Seramai 14 staf Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menerima watikah kenaikan pangkat yang melibatkan staf akademik dan pentadbiran.

Watikah tersebut disampaikan oleh Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Mohd Foad Sakdan di Bilik Mesyuarat Naib Canselor, pagi tadi.

Daripada jumlah tersebut, tujuh penerima adalah staf akademik terdiri daripada guru bahasa yang menerima kenaikan pangkat ke gred DG13 dan DG12, empat pegawai tadbir ke gred N13, seorang akauntan ke gred WA13, seorang pustakawan ke gred S13, dan seorang jurutera ke gred J12.

Sementara itu, Penyelaras Bahasa Inggeris, Lieyana Teo Mohd Zulkifli Teo meluahkan rasa syukur atas penerimaan watikah kenaikan pangkat tersebut.

“Kenaikan pangkat ini adalah penghargaan atas usaha dan komitmen saya selama ini, serta menjadi satu amanah besar kepada saya untuk menjalankan tanggungjawab diberikan ini.

“Selain itu, ianya menjadi hadiah gembira kepada saya dan seisi keluarga sempena sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang dan pada masa sama ianya adalah pemberian terbaik di bulan Ramadan ini,” katanya.

Beliau turut menyatakan harapan untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik dan menyumbang kepada kecemerlangan UUM.

Majlis penyampaian watikah ini diharap menjadi simbol penghargaan terhadap dedikasi dan komitmen staf, sekali gus menyuntik semangat untuk berkhidmat dengan lebih cemerlang demi mencapai kejayaan universiti.

Hadir sama, Timbalan-timbalan Naib Canselor dan Pendaftar, Ahmad Rasidi Abdullah. – Nurul Hana Ahmad (Pelajar Pelatih dari USIM)

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button