Campus

Klinik IP bimbing warga UUM tentang harta intelek dan pra-pengkomersialan

SINTOK: Pusat Inovasi dan Pengkomersialan (ICC), Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mengadakan Klinik Harta Intelek (IP) di foyer Pusat Konvensyen, baru-baru ini.

Pengarah ICC, Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Faizal Omar berkata, objektif klinik ini diadakan adalah untuk memberi bimbingan kepada warga UUM mengenai permohonan IP melalui portal staf UUM, jenis IP yang boleh dipohon, bentuk output penyelidikan yang boleh dikemukakan untuk pendaftaran IP dan beberapa isu berbangkit lain.

Di samping itu, menurutnya, staf UUM yang berkunjung ke Klinik IP tersebut turut mendapatkan khidmat nasihat berhubung pra-pengkomersialan IP masing-masing dan jenis-jenis bantuan dan geran yang boleh dipohon sama ada melalui ICC atau melalui sumber dana luar bagi tujuan pembangunan atau pengujian prototaip, dan juga menaik taraf produk masing-masing.

“ICC akan terus komited membantu dan bersama-sama warga UUM berkaitan perlindungan harta intelek, seterusnya mengemukakan hasil penyelidikan warga UUM kepada pihak industri dan komuniti luar.

“Aspek inovasi dan pengkomersialan adalah sejajar dengan agenda nasional di bawah Penyelidikan, Pembangunan, Inovasi, Pengkomersialan dan Ekonomi (R.D.I.C.E.),” katanya.

Bagi warga UUM yang tidak berkesempatan berkunjung ke Klinik IP yang telah diadakan, boleh terus berkunjung ke pejabat ICC di Pusat Konvensyen. – Prof. Madya Dr. Ani Munirah Mohamad

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button