Campus

Tanam 67 pokok sempena 67 tahun kemerdekaan

Sintok: Unik dan menarik. Pusat Kesihatan dan Kesejahteraan Universiti (PKKU) dengan kerjasama Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Infrastruktur (JPPI) menanam 67 pokok bagi memeriahkan sambutan bulan kebangsaan.

Program Penanaman 67 Batang Pokok Hutan diadakan dengan penuh semangat patriotisma dan mendapat kerjasama staf PKKU dan JPPI yang diwakili oleh Fatin Liyana, Amran Mahmud dan Ramli Osman.

Pengarah PKKU UUM, Dr. Adi Azhar Abdul Razak berkata, pemilihan jumlah pokok tersebut bersempena sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke-67 tahun.

“Aktiviti ini   merupakan satu langkah simbolik dalam meraikan 67 tahun kemerdekaan Malaysia dengan penanaman 67 pokok di kawasan Hutan Komuniti UUM,” ujarnya.

Jelasnya, program ini juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pemeliharaan alam sekitar dan menyumbang kepada usaha amalan kelestarian hijau yang merupakan salah satu elemen Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA).

“Aktiviti ini bukan sahaja mempromosikan amalan hijau, tetapi juga menggalakkan penglibatan staf dalam usaha menjaga kelestarian alam sekitar,” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa EKSA PKKU UUM, Dr. Harith Fadillah Hassan berkata,   penanaman pokok ini dapat meningkatkan kesedaran dan komitmen peserta tentang kepentingan kehijauan serta pemuliharaan alam semulajadi yang memberikan sumbangan positif kepada alam sekitar dan komuniti.

Staf yang terlibat dalam program ini turut diberi penerangan oleh pihak JPPI mengenai jenis-jenis pokok yang ditanam, cara penjagaan, serta impak positif pokok terhadap ekosistem dan kesihatan manusia.

Program ini juga mendapat sokongan dari segi penyediaan benih pokok, alat penanaman dan panduan teknikal.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button