Campus

PACE, UUM LEADS bekerjasama laksana EKSA Fasa 2

SINTOK: Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE) dan UUM LEADS bekerjasama laksana Program Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) 2024 Fasa 2, baru-baru ini.

Aktiviti gotong-royong bagi melaksanakan EKSA PACE Fasa 2 bertujuan memfokus kepada empat objektif iaitu untuk mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti (bersih, kemas dan rapi), meningkatkan semangat kerja berpasukan, meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan organisasi dan meningkat imej PACE.

Pengarah PACE, Prof. Madya Dr. Herman Shah Anuar berkata penerapan nilai dan elemen EKSA diharapkan memberi impak yang positif kepada budaya kerja cemerlang terutamanya terhadap peningkatan produktiviti dan penyampaian perkhidmatan yang lebih efisyen oleh warga PACE.

“Inisiatif PACE ini dilaksanakan secara berperingkat dengan harapan pada hujung tahun kesemua objektif pengwujudkan EKSA akan dicapai sepenuhnya.

“Objektif dan matlamat di dalam pelaksanaan EKSA ini harus dilihat secara inklusif selari dengan hasrat PACE untuk menjadi pusat rujukan terbaik dalam pelaksanaan pengajian separuh masa di Malaysia,” katanya.

Komitmen dan kerjasama daripada warga PACE bersama UUM LEADS membuktikan keseriusan dan kesungguhan kedua-dua pihak untuk saling bantu-membantu menjayakan misi dan visi yang ditetapkan.

Dr. Herman berkata, melalui inisiatif EKSA ini dapat membina disiplin dan etika kerja yang baik serta memupuk semangat kerjasama berpasukan dan tolong-menolong antara satu sama lain, menghasilkan prestasi kerja yang berkualiti di PACE dengan semangat dan sinergi yang utuh.

Kesemua warga PACE dan UUM LEADS berazam dan bertekad untuk konsisten mengekalkan keseragaman dan ruang kerja yang kondusif, selamat dan ceria. – Mohd Fairus Abd Majid

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button