Campus

Kunjungan Ketua Audit Negara buka ruang kerjasama

SINTOK: Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Mohd Foad Sakdan telah menerima kunjungan hormat daripada Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi di Bilik Mesyuarat Naib Canselor, semalam.

Kunjungan itu secara tidak langsung telah membuka ruang penerokaan kerjasama di antara Jabatan Audit Negara (JAN) dan UUM.

Pertemuan yang diatur melibatkan kehadiran beberapa pegawai daripada Jabatan Audit Negara dan turut disertai Penolong Naib Canselor UUM COB, Prof. Dr. Ram Al Jaffri Saad selaku Dekan Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA) UUM dan Bursar, Abdul Roni Baharom.

Pada pertemuan itu, kedua-dua pihak membincangkan program yang mampu membantu meningkatkan kompetensi pegawai Jabatan Audit Negara sama ada melalui kursus jangka pendek mahupun program pada peringkat siswazah yang berfokus.

Pihak JAN juga mempelawa UUM untuk menggunakan aset JAN terutamanya pusat latihan dalam melaksanakan program, di samping UUM juga mempelawa JAN untuk menggunakan lokasi UUM untuk aktiviti yang akan dilaksanakan oleh pihak organisasi tersebut.

Terdahulu, delegasi JAN dibawa melawat ke Anjung Tamu UUM serta diberikan taklimat oleh Pegawai Tadbir Jabatan Komunikasi Korporat, Amar Abdul Aris.

Pihak JAN merasa amat teruja dengan keindahandan kehijauan bumi Sintok serta mengucapkan selamat menyambut 40 tahun UUM kepada Naib Canselor. – Abdul Razak Abdul Wahab

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button