Campus

Penilaian CEO UUM bukti keseriusan perkasa sistem pengurusan KKP

SINTOK: Universiti Utara Malaysia (UUM) telah dinilai oleh Penilai dari Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MNKKP) bagi Anugerah Kecemerlangan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) Kategori Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Awam 2023.

Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Mohd Foad Sakdan bersyukur dan mengalu-ngalukan pencalonan ini bagi Anugerah Ketua Pegawai Eksekutif KKP (CEO Awam) dan lawatan yang bersejarah pada hari ini adalah bagi menentukan sama ada Naib Canselor UUM layak untuk memenangi Anugerah KKP bagi kategori yang tersebut.

Menurutnya, pencalonan UUM ke anugerah ini menjadi satu pencapaian yang baik bagi universiti amnya.

Katanya, beliau berharap penilai dapat memberi penilaian yang sebaik mungkin pada hari ini yang boleh dianggap bersejarah bagi pengurusan KKP di UUM.

“Dengan semangat yang tinggi, saya yakin dan percaya bahawa setiap warga UUM menginginkan kemenangan berganda dalam penyertaan Anugerah KKP kali ini sejajar dengan sambutan ulang tahun UUM yang ke-40.

“Kita juga sedia maklum bahawa UUM telah layak ke peringkat akhir bagi anugerah ini dalam kategori Institusi Pengajian Tinggi, bagi mewakili negeri Kedah dan lawatan kali ini merupakan sesi penilaian bagi Majlis Anugerah Kecemerlangan KKP 2023 Peringkat Kebangsaan khusus bagi kategori CEO Sektor Awam,” katanya pada Majlis Pembukaan dan Penilaian Anugerah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2023 Kategori Ketua Pegawai Eksekutif (CEO Awam) di Bilik Senat, petang ini.

UUM telah diaudit oleh pihak MNKKP pada 4 Julai lalu dan kini sedang menunggu keputusan sama ada berjaya ataupun tidak memenangi anugerah bagi kategori yang tersebut.

Turut berlangsung sesi tayangan video Pengurusan KKP UUM oleh Dr. Mohd Foad sebelum sesi audit dan soal jawab auditor bersama beliau di Bilik Mesyuarat Naib Canselor.

Panel penilai diketuai Timbalan Ketua Pengarah (Keselamatan Pekerjaan), DOSH Malaysia, Bahrudin Mamat bersama Pengarah (Bahagian Kejuruteraan Petroleum), DOSH, Husdin Che Amat; Pengarah DOSH Negeri Kedah, Idris Abdul Rahman dan Ketua Seksyen Pengurusan Acara, MNKKP, Ir. Ts. Mohamed Haffis Mohossain Molla.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button