12 peserta didedahkan teknik penulisan berkualiti
SINTOK: Seramai 12 peserta mengikuti Kursus ‘Writing Workshop: Article Writing Completion’ anjuran Unit Pembangunan Profesional (PDU), Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah (SLCP) selama dua hari pada 11 September lalu di DKG3/10.
Kursus itu dikendalikan oleh empat penceramah iaitu Prof. Dr. Razamin Ramli, Prof. Dr. Ku Nor Izah Ku Ismail, Dr. Zamimah Osman dan Prof. Madya Dr. Norazura Ahmad yang menarik minat peserta terdiri daripada staf dan pelajar pascasiswazah UUM.
Pengurus PDU, Salmi Hussain berkata, objektif kursus ini adalah memberi pendedahan tentang teknik penulisan berkualiti dalam penghasilan artikel jurnal berimpak tinggi.
Selain itu, menurutnya, peserta didedahkan dengan penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam penulisan sesuatu artikel.
Katanya, peserta juga telah diminta untuk menyediakan draf lengkap pertama artikel dan dibentangkan di dalam sesi pembentangan. Sesi pembentangan berjalan dengan penuh bermakna apabila penceramah-penceramah yang terlibat memberikan komen-komen yang membina dan membantu peserta memperbaiki draf tersebut.
Sementara itu, peserta, Nadia Abd Rahman berkata, pengetahuan kepada penggunaan AI adalah sangat membantu bagi peserta dalam menghasilkan sesuatu artikel yang berimpak tinggi.
“Pelajar pascasiswazah pada masa kini dilihat perlu lebih bijak dalam proses penulisan dan seterusnya penerbitan artikel jurnal.
“Saya sangat menggalakkan pelajar pascasiswazah untuk menhadiri kursus seperti ini,” katanya. – Dalila Ishak