Campus

SOE menerima 215 pelajar pascasiswazah Sesi A241

Gambar Aiman Azmi

SINTOK: Pusat Pengajian Pendidikan (SoE) menerima seramai 215 pelajar pascasiswazah bagi Sesi Akademik A241, baru-baru ini.

Dekan SoE, Prof. Madya Dr. Mohamad Khairi Othman berkata, pelajar tersebut terdiri daripada program pascasiswazah iaitu Doktor Pendidikan (Ed.D) dan Doktor Falsafah (PhD/Kajian Sarjana), Sarjana Sains (Pengurusan Pendidikan), Sarjana Sains (Kepengetuan), Sarjana Pendidikan (Pendidikan Islam, Pengajaran Bahasa Inggeris, Pendidikan Moral, Psikologi Pendidikan, Kurikulum, Matematik dan Teknologi Pengajaran) dan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PGDE).

Sesi taklimat pendaftaran telah diadakan di Dewan Seminar UUM CAS, Bangunan Pusat Pengajian Pengkomputeran berkaitan peraturan pengajian pascasiswazah, taklimat perkhidmatan perpustakaan, IT Services @ UUM, perkhidmatan U-Assist dan taklimat keselamatan. 

Kemudian, sesi taklimat program yang dikendalikan oleh Pusat Pengajian Pendidikan (SoE) kepada pelajar baharu di DKG 3/1 yang dimulakan oleh Dekan.

Kemudian, pelajar diberikan taklimat secara terpisah mengikut program pengajian masing-masing oleh Pengerusi Program berkenaan. – Siti Nur Ailin Sabri

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button