Campus

UUM dan UM kongsi pengetahuan dan kemahiran tadbir urus pengurusan data

Gambar Muhammad Rashidi Zulkiflee (UUMIT)

SINTOK: Universiti Malaya (UM) melalui Pusat Pengurusan Data dan Maklumat (PPDM) telah mengadakan lawatan sesi perkongsian tadbir urus, teknologi dan pengurusan data ke Bahagian Perancangan dan Prestasi Korporat (BPPK) dan UUMIT, baru-baru ini.

Delegasi UM diketuai oleh Pengarah PPDM, Dr. Muhammad Faiz Mohd Zaki, bersama enam staf disambut oleh Timbalan Pengarah UUMIT, Abdul Razak Ali dan Pengurus Tugas Khas BPPK, Dr. Saidatul Nurul Hidayah Jannatun Naim.

Lawatan kerja ini menjadi platform untuk perkongsian pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pengurusan data dan secara tidak langsung memberi peluang kepada para peserta untuk memahami amalan terbaik dalam pengurusan data di kedua-dua universiti, sekali gus membantu meningkatkan kecekapan dan keberkesanan.

Sesi perkongsian melibatkan aspek tadbir urus data, infrastruktur ICT, perisian dan sistem serta keselamatan data telah disampaikan oleh Pengarah UUMIT, Prof. Madya Ts. Dr. Muhamad Shahbani Abu Bakar; Pengarah BPPK, Prof. Madya Dr. Mazni Omar; Dr. Naimah Amlus dan Norizan Mamat serta Dr. Muhammad Faiz dan Ahmad Ali-Emran Emran bagi pihak PPDM.

Pengarah PPDM, Dr. Muhammad Faiz berkata, prestasi UUM dalam penghantaran data MyMoheS yang memberangsangkan menarik minat pihaknya untuk mengetahui proses tadbir urus yang dilakukan oleh UUM.

Menurutnya, pemantauan awal data sebelum penghantaran berdasarkan keperluan MyMoheS merupakan suatu usaha yang wajar dicontohi.

Turut hadir dalam lawatan kerja ini ialah Mohd Ezwan Samsudin, Muhammad Firdaus Kamarudin, Nooraida Suraya Mohd Zaib dan Noraniza Mohamad Paisal dari PPDM, manakala UUM terdiri daripada Norhasimah Mustafa, Nor Asiah Abdul Rahman, Muhamed Nor Azman Nordin, Ketua-ketua Unit UUMIT dan BPPK. – Norsaadah Mat Ali (BPPK)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button