Anak estet tidak sabar daftar masuk UUM
JOHOR – Anak kedua dari tiga adik beradik, Shahira Fariesya Nor’azman dari Estet Ladang Pamol, Kluang ingin menjadi contoh kepada adiknya apabila dia merupakan anak pertama dari keluarganya dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti dalam bidang Sains Ekonomi.
Ibunya, Dalimah Hassan tidak dapat menahan sebak apabila mengenang jerit payah membesarkan anaknya di dalam kawasan yang serba kekurangan namun itu semua tidak menjadi halangan untuk anaknya berjaya sehingga dapat melanjutkan pelajaran ke UUM.
Keluarga kecil Fariesya meraikan kedatangan pasukan Jejak Cakna UUM yang diketuai oleh Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed di kediaman di Ladang Pamol, Kluang dengan penuh ihsan dan senyuman apabila tidak menyangka pihak UUM datang dari jauh bertanyakan khabarnya.
Selain Fariesya, mereka turut mengunjungi Nur Hafizah dari Taman Delima, Kluang untuk bertanya khabar sambil menyalurkan maklumat serta bantuan berupa keperluan asas.
Nur Hafizah anak yatim bongsu dari tiga adik beradik telah mendapat tawaran dalam program Akaun di UUM akan berangkat ke bumi Sintok pada 30 September ini. Menceritakan kenangan bersama arwah bapanya yang merupakan seorang pesara polis, kejayaan melanjutkan pelajaran ke UUM akan mengubah nasib keluarganya akan datang.
Turut serta dalam kunjungan hari ini adalah Syahril Sofian, YDP MPP UUM dan Kelab Patriot Chapter (KPC) Johor yang diketuai oleh Irdina.
Tahniah kepada bakal mahasiswa UniUTAMA ! Selamat maju jaya diucapkan