SOE terima kunjungan Walailak University bincang potensi kerjasama
Gambar Prof. Madya Ts. Dr. Arumugam Raman dan Aiman Azmi
SINTOK: Pusat Pengajian Pendidikan (SOE), Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menerima kunjungan delegasi dari Walailak University (WU), Thailand dalam rangka Program Jaringan Pendidikan Serumpun.
Delegasi yang terdiri daripada 10 wakil yang diketuai oleh Treenuch Chaowanakritsanakul disambut oleh Pengerusi Jawatankuasa Jaringan Antarabangsa dan Ranking/Mobiliti/MOU/MOA/LOI, SOE, Prof. Madya Ts. Dr. Arumugam Raman di Anjung Tamu (Welcome Centre) UUM.
Lawatan diteruskan dengan kunjungan ke UUM International School di mana delegasi disambut oleh Dr. Byabazaire Yusuf.
Kemudian, delegasi dibawa melawat Varsity Mall dan ladang rusa yang menjadi salah satu tarikan unik di kampus UUM.
Di Pusat Pengajian Pendidikan, mereka disambut oleh Dekan, Prof. Madya Dr. Mohamad Khairi Othman bersama timbalan-timbalan dekan dan pensyarah-pensyarah SOE untuk membincangkan lebih lanjut tentang potensi kerjasama akademik.
Dr. Mohamad Khairi berkata, kerjasama yang dirancang antara Walailak University dan SOE UUM meliputi pertukaran staf akademik dan pelajar, penyelidikan bersama, penerbitan ilmiah bersama, dan program libat sama komuniti. Inisiatif ini diyakini dapat memberikan manfaat besar kepada kedua-dua institusi dari segi pembangunan akademik dan kerjasama serantau.
Delegasi kemudian menikmati makan tengah hari di Manager’s Coffee UUM yang memberikan peluang untuk perbincangan santai dan tidak formal antara staf UUM dan delegasi WU
Sesi lawatan diteruskan ke U-Assist, diikuti dengan lawatan ke Muzium Pengurusan UUM sebelum lawatan ditutup dengan ucapan penghargaan dari kedua-dua pihak. – Dr. Nurul Jawahir Md Ali