Campus

Pelatih Campus Brew Kohort 2 santuni delegasi Inns of Court Malaysia

Gambar PPKS

SINTOK: Sekumpulan pelatih Campus Brew (Kohort 2) telah didedahkan secara praktikaliti keusahawanan dengan memberikan khidmat layanan makanan dan minuman pastri serta kopi kepada kunjungan kehormat delegasi Inns of Court Malaysia (ICM), baru-baru ini.

Delegasi Inns of Court Malaysia yang terdiri daripada Presiden Inss of Court Malaysia (mantan Ketua Hakim Negara), Tun Arifin Zakaria; hakim-hakim Mahkamah Tinggi Malaysia serta Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Foad Sakdan.

Pelatih yang sedang menjalani program latihan inkubator Campus Brew dalam bidang Barista, memanfaatkan kesempatan ini untuk mempraktikkan kemahiran dan kompetensi mereka dalam menyajikan layanan berkualiti kepada tetamu kehormat.

Ketika program berlangsung, pelatih Campus Brew memberi servis layanan makanan dan minuman memperlihatkan standard tinggi dalam keramahan dan layanan yang baik.

Delegasi Inns of Court Malaysia mengucapkan terima kasih mereka atas layanan yang diberikan dan memuji cara layanan serta servis yang ditampilkan oleh pelatih Campus Brew.

“Layanan yang diberikan oleh pelatih Campus Brew sangat profesional. Kami merasa sangat dihormati,” kata seorang peserta delegasi.

Program ini merupakan sebahagian dari aktiviti kunjungan Inns of Court Malaysia ke kampus UUM yang juga melibatkan diskusi profesional iaitu forum dan syarahan kepada pensyarah dan mahasiswa Program Undang-undang (LLB. Hons) serta Majlis Menandatangani MoU antara UUM dan Inns of Court Malaysia di Dewan Seminar A, Pusat Konvensyen UUM pada Ahad lalu.

Dengan adanya program ini, pelatih Campus Brew Kohort 2 dapat membangunkan profesionalisme, kemampuan dan kompetensi keusahawanan dalam industi makanan dan minuman.

Pengurus Campus Brew, Farah Jazlina Mohd Haidel menyampaikan rasa syukur dan terima kasih kepada delegasi Inns of Court Malaysia atas kesempatan berharga ini.

“Kami sangat berterima kasih kepada delegasi atas kunjungan mereka ke Campus Brew, Anjung Tamu.

“Ini menjadi momen penting bagi kami untuk belajar secara praktikaliti menguruskan sesebuah perniagaan,” katanya. – Syahrina Abdullah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button