Campus

6,144 responden telah isi SKPG 2024

Gambar Pusat Pembangunan Kerjaya dan Kebolehpasaran Graduan (PPKKG)

SINTOK: Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) merupakan kajian tahunan yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi mengetahui status pekerjaan setelah tamat pengajian.

Di samping itu, kajian ini juga bertujuan mendapatkan pandangan graduan berhubung program pengajian, kemudahan dan perkhidmatan institusi pendidikan tinggi masing-masing.

Oleh itu, Pusat Pembangunan Kerjaya dan Kebolehpasaran Graduan (PPKKG), Universiti Utara Malaysia (UUM) telah membuka kaunter SKPG kepada graduan yang mempunyai masalah berkenaan kajian ini dan akan dibantu oleh pegawai dan petugas PPKKG di Dewan Tan Sri Othman (DTSO).

Pengarah PPKKG, Dr. Fikriyah Abdullah berkata, dengan pembukaan kaunter ini, jumlah responden bagi SKPG ini adalah seramai 6,144 graduan (93.44%) dan hanya berbaki 431 graduan (6.56%) yang masih belum menjawab kajian ini.

Menurutnya, kaunter ini telah mula beroperasi sejak 27 Oktober lalu sehingga 2 November termasuk pada hari Jumaat dan Sabtu.

Kajian ini diwajibkan kepada semua graduan yang akan menghadiri konvokesyen ke-37 yang dijadualkan pada 10 sehinga 14 November ini dan tempoh mengisi kajian tersebut adalah sehingga 31 Januari 2025.

Beliau berharap agar graduan dapat memberi kerjasama sepenuhnya dalam meningkatkan lagi kebolehpasaran graduan UUM pada tahun ini. – Anis Zulaikha Kamal

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button