Campus

GELST 2024 jana penyebaran ilmu edutourism

SINTOK, 7 November: Seramai 73 pelajar dari Mahasarakham University Demonstration School (Secondary), Thailand telah menyertai program cuti musim panas berbentuk ‘tailor-made Edu-Tourism’ anjuran Future Learning and Development Competence Centre (FLanDeCC), Pusat Pengajian Pendidikan (SoE), Universiti Utara Malaysia (UUM).

Program diadakan melibatkan tiga kumpulan bermula 26 hingga 31 Ogos, 3 hingga 8 September dan 15 hingga 20 Oktober lalu itu turut disertai enam guru pengiring.

Guru pengiring, Dr. Chunchai berkata, pelajar-pelajar ini adalah terdiri dari SEM Gifted Program yang mempunyai fokus utama kepada subjek Sains, Bahasa Inggeris dan Matematik.

“Tujuan program ini diadakan adalah bukan sekadar lawatan bahkan satu perjalanan pendidikan transformasi yang merentasi sempadan dan membentuk pemimpin global masa depan.

“Pelajar ini menguasai kompetensi komunikasi Bahasa Inggeris dan akan menjadi duta kecil berperanan memperkenalkan UUM dan Malaysia melalui pengalaman langsung mengenai tempat-tempat yang dilawati,” katanya. – Dr. Fahainis Mohd. Yusof

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button