STHEM terima lawatan delegasi Thaksin University, Thailand
Gambar STHEM
SINTOK, 9 Disember 2024: Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Acara (STHEM), Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menerima lawatan delegasi daripada Thaksin University, Thailand, baru-baru ini.
Delegasi Thaksin University yang diketuai oleh Dekan, Management for Development College, Prof. Madya Dr. Thuanthong Krutchon bersama lima pensyarah dan 34 pelajar telah disambut oleh Dekan STHEM, Prof. Madya Dr. Johan Afendi Ibrahim dan bersama Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Dr. Muhammad Fauzi Mokhtar.
Satu sesi perbincangan telah diadakan di antara pihak pengurusan STHEM dengan pihak pengurusan Thaksin University yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Anjung Tamu UUM.
Dr. Johan berkata, antara aktiviti yang bakal diadakan adalah program persidangan pelancongan, pensyarah pelawat, pertukaran pelajar dan banyak lagi.
Lawatan delegasi tersebut turut mengadakan lawatan ke Muzium Pengurusan UUM dan U-Assist bagi mengetahui berkenaan UUM dengan lebih lanjut. Pendedahan tersebut amat berguna buat semua pelajar Thaksin University yang berminat untuk melanjutkan pengajian di UUM.
Hasil lawatan tersebut sangat positif dan diharapkan program yang ditawarkan oleh STHEM akan terus berkembang ke peringkat antarabangsa dan memberi manfaat kepada semua pelajar dan pensyarah STHEM. – Aida Rasyidah Ahmad Muaen