BusinessCampus

‘Sintok Milk Bun’ tarikan baru, hasil inovasi usahawan tempatan

SINTOK, 10 Disember 2024: Program Keusahawanan Sosial UUM-PUNB anjuran Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM), Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan kerjasama Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) telah diadakan di Ruang Legar Varsity Mall, UUM.

Acara ini diserikan dengan pelancaran produk istimewa, ‘Sintok Milk Bun’ yang disempurnakan oleh Dekan SBM, Prof. Madya Dr. Shuhymee Ahmad.

Sintok Milk Bun, yang hadir dengan tiga perisa istimewa iaitu pandan, vanila dan strawberi merupakan hasil inovasi usahawan tempatan melalui projek keusahawanan sosial.

Dr. Shuhymee berkata, program ini bertujuan untuk memupuk semangat keusahawanan dalam kalangan komuniti, sekali gus memperkukuh pembangunan ekonomi tempatan.

Selain itu, menurutnya, program ini juga memberi peluang kepada pelajar UUM untuk belajar secara langsung mengenai proses keusahawanan daripada penghasilan produk sehingga ke strategi pemasaran, selaras dengan matlamat universiti dalam melahirkan graduan yang holistik dan berdaya saing.

Para pengunjung turut berpeluang untuk merasai keenakan Sintok Milk Bun sambil mempelajari lebih lanjut mengenai usaha keusahawanan sosial yang sedang giat dijalankan di UUM.

SBM berharap inisiatif seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang untuk memberi manfaat kepada masyarakat kampus dan luar kampus, serta memberi pengalaman pembelajaran bermakna kepada pelajar UUM.

Untuk maklumat lanjut atau pembelian Sintok Milk Bun, sila hubungi Saiful dari Pusat Usahawan KEDA Napoh di talian 011-1507 6446 atau kunjungi laman sesawang www.streetbakes.my – Azam Arni Mohd Noor

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button