Campus

Bengkel Pemantapan Dokumen Table 4 semak dan tambah baik dokumen

Gambar UPIF, SLCP

SINTOK, 20 Julai 2025: Unit Pengajian Islam dan Falsafah (UPIF), Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah (SLCP), telah menganjurkan Bengkel Pemantapan Dokumen Table 4 bagi program Sarjana Muda Syariah Gunaan, Linguistik dan Multimedia (ASLiM) bertempat di Bilik Mesyuarat BIMA SAKTI, SLCP.

Bengkel ini merupakan sebahagian daripada proses penyediaan dokumen COPPA bagi permohonan akreditasi sementara (Provisional Accreditation – PA) kepada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Ketua Unit UPIF Dr. Azman Md Zain berkata, tujuan bengkel ini adalah untuk menyemak dan menambah baik dokumen Table 4 dengan memastikan penetapan Course Learning Outcomes (CLO) bagi kursus-kursus Syariah Gunaan, iaitu salah satu bidang utama dalam program ASLiM, menepati Learning Outcomes Cluster (LOC) yang telah ditetapkan.

Menurutnya, sebanyak 12 kursus telah dibentangkan dalam bengkel ini, termasuk Madkhal Ila Ulum al-Quran wa al-Hadith, Fiqh Muamalat dan Isu Kontemporari, Usul Fiqh, dan Al-Qawaid al-Fiqhiyyah. Setiap pembentangan menerima komentar dan saranan penambahbaikan secara langsung daripada panel.

Prof. Madya Ts. Dr. Izwan Nizal Mohd Shaharanee dari Pusat Pengajian Sains Kuantitatif telah dijemput sebagai panel, memberikan panduan dan penambahbaikan berdasarkan kepakaran beliau dalam pemetaan kurikulum berasaskan pendekatan OBE.

Penganjuran bengkel ini membuktikan komitmen UPIF, SLCP dalam memastikan dokumentasi COPPA disediakan secara sistematik, lengkap serta memenuhi keperluan penilaian akreditasi MQA. – Dr. Nor Hanani Ismail

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button