Campus

Bengkel Pemantapan Jurulatih Kursus Kokurikulum Semester Kedua perkukuh kualiti pelaksanaan kursus kokurikulum

Gambar Pusat Kokurikulum

SINTOK, 30 Mac 2026: Pusat Kokurikulum, Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menganjurkan Bengkel Pemantapan Jurulatih Kursus Kokurikulum Semester Kedua Sesi 2025/2026 (A252) bertempat di Pusat Kokurikulum sebagai usaha berterusan memperkukuh kualiti pelaksanaan kursus kokurikulum universiti.

Majlis perasmian bengkel telah disempurnakan oleh Pengarah Pusat Kokurikulum, Dr. Za’im Ahmad yang menekankan kepentingan kesiapsiagaan jurulatih dalam memastikan keberkesanan pelaksanaan kursus kokurikulum serta pembangunan holistik mahasiswa.

Menruutnya, bengkel ini melibatkan penyertaan jurulatih-jurulatih kursus kokurikulum, penyelaras program serta staf Pusat Kokurikulum dan merupakan program berkala yang dilaksanakan pada setiap semester sebelum sesi pengajaran bermula.

Katanya, penganjuran bengkel ini bertujuan untuk menilai semula pencapaian dan kemajuan pelaksanaan kursus kokurikulum pada semester terdahulu, di samping memberi penerangan serta panduan berkaitan pengendalian kursus yang merangkumi aspek pentadbiran, kewangan, perjalanan kursus dan pelaksanaan aktiviti kokurikulum secara menyeluruh.

“Selain itu, bengkel ini turut menjadi platform perbincangan strategik antara pihak pengurusan Pusat Kokurikulum dan jurulatih-jurulatih bagi mendapatkan maklum balas serta cadangan penambahbaikan ke arah memperkukuh pengurusan dan pelaksanaan kursus kokurikulum secara lebih sistematik dan berkesan,” katanya.

Untuk rekod, Pusat Kokurikulum kini mengendalikan tujuh unit kokurikulum yang menawarkan kira-kira 60 kursus kepada hampir 6,000 orang pelajar setiap semester, sekali gus menyokong pembangunan mahasiswa secara holistik dari aspek kepimpinan, disiplin diri dan kemahiran insaniah.

Sehubungan itu, penganjuran bengkel ini diharapkan dapat memastikan semua jurulatih sentiasa bersedia, kompeten dan berupaya melaksanakan kursus kokurikulum dengan lebih efektif selaras dengan aspirasi universiti dalam melahirkan graduan yang seimbang dan berdaya saing. – Noor Asnida Dawari

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button