Campus

Bengkel Pemurnian Proposal Geran SLCP bantu perkemas dan tambah baik cadangan penyelidikan

Gambar Jawatankuasa Penyelidikan SLCP

SINTOK, 8 Julai 2025: Bengkel Pemurnian Proposal Geran SLCP UUM telah diadakan di Bilik Baiduri, Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah (SLCP), Universiti Utara Malaysia (UUM).

Bengkel ini merupakan inisiatif Jawatankuasa Penyelidikan SLCP bagi membantu pemohon geran memperkemas dan menambah baik cadangan penyelidikan masing-masing sebelum dikemukakan secara rasmi.

Seramai 19 pemohon telah menyertai bengkel ini dan mendapat bimbingan secara langsung daripada Pengerusi Jawatankuasa Penyelidikan SLCP, Dr. Melor Fauzita Md Yusoff serta wakil ahli jawatankuasa.

Dr. Melor Fauzita berkata, penekanan diberikan kepada kepentingan dan rasional kajian, impak terhadap ilmu dan masyarakat, justifikasi bajet yang jelas, serta isu teknikal seperti seperti pematuhan format.

Turut hadir meninjau dan memberikan pandangan terhadap proposal yang dikemukakan ialah Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi SLCP, Dr. Sharifah Fazliyaton Shaik Ismail, yang turut menyokong usaha pemerkasaan budaya penyelidikan dalam kalangan pensyarah pusat pengajian.

Penganjuran bengkel ini diharap dapat membantu memperkukuh kandungan kertas kerja penyelidikan dan menyemai amalan penyediaan geran yang lebih mantap dalam kalangan warga SLCP. – Dr. Melor Fauzita Md Yusoff

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button