Bengkel Penulisan Artikel Jurnal Berimpak Tinggi Siri II fokus penulisan metodologi, hasil dan perbincangan
Berita dan gambar Prof. Madya Dr. Nazrina Aziz
SINTOK, 16 Julai 2025: Sebagai kesinambungan kepada Bengkel Penulisan Artikel Jurnal Berimpak Tinggi Siri I, Pusat Pengajian Sains Kuantitatif (SQS) telah meneruskan inisiatif penerbitan berimpak tinggi dengan penganjuran Bengkel Siri II di EDC-UUM, semalam.
Bengkel anjuran Jawatankuasa Penerbitan SQS dan Jawatankuasa Seminar, Latihan & Pembangunan Modal Insan SQS dengan kerjasama Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) ini merupakan siri kedua yang memberi tumpuan kepada topik Writing with Impact: Methodology, Results, and Discussion.
Pengerusi Jawatankuasa Penerbitan SQS, Prof. Madya Dr. Nazrina Aziz berkata, bengkel ini merupakan sebahagian daripada usaha berstruktur SQS untuk memperkasa budaya penerbitan berimpak dan menyokong pencapaian universiti di peringkat antarabangsa. Siri seterusnya dijadualkan berlangsung pada 30 Julai 2025.
Bengkel ini disampaikan oleh Pensyarah Kanan, Prof. Madya Dr. Ruzelan Khalid yang juga penyelidik berpengalaman dalam bidang penulisan saintifik dan penerbitan jurnal.
Dr. Ruzelan berkata, melalui sesi bengkel dan hands-on ini, peserta dibimbing untuk menulis dengan lebih berfokus dan sistematik, khususnya dalam membina bahagian metodologi, hasil kajian dan perbincangan yang berkualiti untuk diterbitkan dalam jurnal berindeks tinggi.
Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Ram Al Jaffri Saad, dan wakil RMC iaitu Timbalan Pengarah (Tugas-Tugas Khas dan Piawaian), Dr. Mohamad Sabri Sinal @ Zainal.
Kehadiran mereka mencerminkan sokongan berterusan pihak pengurusan universiti terhadap pembangunan kapasiti penulisan dalam kalangan warga akademik.