Bengkel Semakan Dokumen COPPA ASLiM bersama Ahli Panel Penilai MQA
Gambar Unit Pengajian Islam dan Falsafah (UPIF), SLCP
SINTOK, 4 Julai 2025: Bengkel Semakan Dokumen COPPA bagi permohonan akreditasi sementara (PA) Program Sarjana Muda Syariah Gunaan, Linguistik dan Multimedia (ASLiM) telah diadakan baru-baru ini di Bilik Mesyuarat BIMA SAKTI (Virtual Room), Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah (SLCP).
Bengkel ini bertujuan untuk meneliti dan menambah baik dokumen COPPA yang dikendalikan oleh Dr. S Maartandan Suppiah dari Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC) dan merupakan ahli panel penilai MQA.
Pada bengkel tersebut, beliau telah memberikan pandangan profesional terhadap penyediaan dokumen tersebut.
Sepanjang sesi yang berlangsung, peserta telah membentangkan setiap area dalam dokumen COPPA kepada panel penilai.
Pembentangan disusuli dengan sesi maklum balas panel bagi tujuan penambahbaikan dokumen sebelum penghantaran rasmi dilakukan.
Bengkel ini membuktikan komitmen UPIF, SLCP dalam memastikan dokumen COPPA disediakan secara teratur, lengkap dan menepati keperluan penilaian MQA. – Dr. Nor Hanani Ismail