Campus

Green Harvest @AGC dedah pelajar bidang kerjaya dalam perundangan negara

Berita dan gambar Dr. Mukhriz Mat Rus

SINTOK, 6 Julai 2025: Pusat Pengajian Undang-Undang (SOL), Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara (AGC) telah menganjurkan Program Green Harvest @ AGC di Dewan Seminar A, Kompleks Konvensyen UUM.

Program yang menjadi manifestasi hubungan kukuh SOL-AGC ini bermatlamat mendedahkan kepada pelajar undang-undang tahun akhir kepada kerjaya dalam perkhidmatan undang-undang negara.

Penerangan berkenaan laluan kerjaya dan fungsi bahagian-bahagian dalam AGC diterangkan dengan terperinci dan jelas oleh Peguam Kanan Persekutuan, Jabatan Peguam Negara, Muhammad Firdaus Zariza Abd Aziz, dalam Sesi Interaktif 1.

Bagi Sesi Interaktif 2, Pengarah Pendakwaan Negeri Kedah, Dato’ Khairul Anuar Abdul Halim berkongsi pengalaman beliau sepanjang berkhidmat sebagai pegawai perkhidmatan undang-undang. Beliau juga turut memuji graduan undang-undang UUM yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam perkhidmatan.

Menurutnya, sejumlah besar lepasan undang-undang UUM telah berjaya terpilih dan dilantik dalam perkhidmatan juga pada tahun lepas.

Majlis Perasmian Penutup disempurnakan oleh Penolong Naib Canselor UUM COLGIS, merangkap Dekan Pusat Pengajian Undang-Undang UUM, Prof. Dr. Harlida Abdul Wahab.

Beliau merakamkan ucapan penghargaan kepada AGC atas penganjuran bersama program ini dan berharap hubungan erat dapat dikekalkan selari dengan Memorandum Persefahaman (MOU) antara UUM-AGC yang termeterai tahun lalu.

Untuk rekod, UUM menjadi universiti awam pertama di Malaysia yang memeterai MOU dengan badan perundangan negara itu.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button