Klinik IP ICC terus dapat sambutan warga UUM
Gambar Pusat Inovasi dan Pengkomersialan (ICC)
SINTOK, 16 Julai 2025: Pusat Inovasi dan Pengkomersialan (ICC) sekali lagi telah menganjurkan Klinik Harta Intelek (IP) terbuka kepada semua warga Universiti Utara Malaysia (UUM), baru-baru ini.
Pengarah ICC, Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Faizal Omar berkata, inisiatif ini bertujuan memberi pendedahan serta ruang kepada peserta untuk mendapatkan maklum balas secara terus berkaitan isu-isu IP dan penggunaan IP.
Sesi ini telah dikendalikan oleh Khairil Azfar Ahmad Zubir selaku moderator, manakala Prof. Madya Dr. Ani Munirah Mohamad bertindak sebagai fasilitator.
Sepanjang sesi, pelbagai persoalan umum telah berjaya dirungkai serta dibincangkan secara mendalam dan menyeluruh, sebagai contoh, aspek pemilikan IP, penggunaan IP, pelesenan dan inkubator, dan pelbagai isu lain berkaitan inovasi dan pengkomersialan.
Program ini membuktikan komitmen ICC dalam meningkatkan kesedaran dan kefahaman warga universiti terhadap kepentingan perlindungan IP sebagai aset universiti dan penyelidikan yang bernilai. – Khairil Azfar Ahmad Zubir