Campus

Konsep We Before Me antara pelengkap Majlis Apresiasi TISSA UUM 2024

Gambar TISSA UUM

SINTOK, 5 Mac 2025: Majlis Apresiasi TISSA UUM 2024 adalah sebagai bentuk ganjaran kepada sumbangan daripada semua staf Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA) Universiti Utara Malaysia (UUM) demi membantu TISSA UUM terus mencapai kejayaan bukan sahaja dalam indeks prestasi utama (KPI) tahunan namun pencapaian lain.

Sokongan dan sumbangan semua staf ini menunjukkan mereka telah memberikan keutamaan kepada kepentingan institusi selari dengan matlamat kepentingan peribadi iaitu pencapaian prestasi masing-masing. Sebagai tanda penghargaan dan menghargai peranan dan sumbangan tersebut, pihak TISSA UUM telah meraikan penerima dan semua staf melalui majlis tersebut.

Selain daripada kehadiran staf TISSA UUM majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran Pengerusi Yayasan Muhibah, Tan Sri Prof. Dr. Fng Ah Seng yang sudi untuk menyampaikan hadiah kepada semua penerima.

Majlis ini juga merupakan tajaan daripada pihak Tan Sri dan pada masa yang sama beliau turut menyampaikan cek sumbangan kepada staf berjumlah RM36,900, di samping penajaan majlis berjumlah RM10,000.

Sebanyak 48 anugerah telah disampaikan di dalam majlis tersebut dan majlis ini akan diadakan setiap tahun untuk terus memberikan motivasi kepada staf agar dapat terus bersama sama memberikan sumbangan kepada pusat pengajian berdasarkan kepada kekuatan masing-masing. –  Abdul Razak Abdul Wahab

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button