Campus

MPP UUM terima geran RM20,000 dari YPS

Gambar Hairul Nizam Zahari

SINTOK: Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Utara Malaysia (UUM) menerima Geran Aktiviti MPP bernilai RM20,000 yang disumbangkan oleh Yayasan Perkasa Siswa (YPS) untuk menjalankan aktiviti melibatkan kebajikan pelajar.

Geran tersebut disampaikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Dr. Zambry Abdul Kadir malam tadi semasa program In Person With Doc Zam di Dewan Mu’adzam Shah.

Cek cura tersebut diterima oleh Yang Dipertua MPP UUM, Syahril Sofian dan turut disaksikan oleh Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Mohd Foad Sakdan dan Ketua Pegawai Eksekutif YPS, Hirman Awang.

Turut disampaikan Bantuan Pendidikan bernilai RM25,000 kepada 25 pelajar miskin UUM di mana setiap seorang mendapat RM1,000.

Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi, Dato’ Prof. Dr. Azlinda Azman dan Penegrusi Lembaga Pengarah Universiti, Tan Sri Dr. Mohd Shukor Mahfar.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button