Campus

Persatuan Linguistscape suntik semangat moral pelajar hadapi peperiksaan akhir A241

Gambar SLCP

SINTOK, 19 Januari 2025: Program From Linguistscape To BLIT anjuran Persatuan Linguistcape membantu menyuntik semangat moral mahasiswa Sarjana Muda Sastera Linguistik dan Teknologi Maklumat (BLIT), Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah (SLCP) bagi menghadapi peperiksaan akhir semester A241 yang bermula hari ini.

Program berbentuk pengagihan kit alat tulis kepada pelajar kira-kira 130 pelajar BLIT tersebut merupakan satu inisiatif persatuan dan SLCP bagi membantu meringankan beban pelajar sempena peperiksaan akhir, selain bukti keprihatinan terhadap kejayaan akademik pelajar secara berterusan.

Penasihat Persatuan, Dr. Mohamad Zakuan Tuan Ibharim berkata, program ini bukan sahaja bertujuan membantu dari segi material tetapi juga menyemai semangat kebersamaan dalam kalangan pelajar BLIT secara keseluruhan.

“Program From Linguistscape To BLIT ini adalah usaha kecil tetapi bermakna untuk memberikan sokongan kepada mahasiswa kita.

“Usaha ini juga membuktikan bahawa SLCP dan persatuan dan sentiasa cakna mengenai perkembangan akademik warga BLIT,” katanya.

Pengarah program, Nurin Nazihah Nor Sham turut melahirkan rasa bangga terhadap komitmen ahli-ahli jawatankuasa yang menjayakan program ini.

Menurutnya, dia berharap kit alat tulis itu dapat meringankan beban pelajar dan memberi semangat kepada mereka dalam menghadapi peperiksaan akhir semester.

Katanya, inisiatif seperti ini membuktikan bahawa Persatuan Linguistscape bukan sahaja aktif menganjurkan program ilmiah, bahkan turut menyokong kebajikan ahli persatuan.

“Dengan objektif yang jelas dan pelaksanaan yang teratur, program ini telah mencapai impak positif kepada semua pihak yang terlibat,” katanya. – Nur Amani Syakirah Abd. Ghani

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button