Campus

Program Cakna Keselamatan dan Kebolehpasaran

SINTOK, 25 Jun 2025: INASIS Proton, Universiti Utara Malaysia (UUM) terus memperkukuh usaha melahirkan mahasiswa berdaya saing menerusi Program Employer Connection: INASIS Proton Cakna, Selamat dan  Kompeten bersempena Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) 2025 anjuran HRD Corp, dengan kerjasama Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) Kedah.

Majlis dirasmikan oleh Dekan Hal Ehwal Pelajar UUM, Prof. Madya Dr. Zainuddin Omar yang menekankan kepentingan pendedahan awal terhadap aspek keselamatan pekerjaan dalam kalangan pelajar.

Program bersempena Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) 2025 anjuran HRD Corp, dengan kerjasama Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) Kedah.ini menampilkan dua slot utama.

Slot pertama disampaikan oleh Ir. Khushaida Ahmad Khiri dari DOSH Kedah, yang memberi fokus kepada kepentingan pematuhan peraturan keselamatan industri.

Slot kedua dikendalikan oleh Dr. Fatin Farha Mohd Saifuddin dari Pusat Pengurusan Kesihatan Universiti (PPKU), yang melatih peserta dalam teknik bantuan kecemasan (CPR).

Menurut Penolong Pengetua INASIS Proton, Dr. Mohamed Nazreen Shahul Hamid, program ini membantu membentuk mahasiswa yang bukan sahaja cemerlang akademik, tetapi juga bersedia dari segi mental dan fizikal menghadapi cabaran kerjaya.

Pendedahan ini juga memperluas kefahaman pelajar tentang keperluan sebenar dunia pekerjaan.

Program diakhiri dengan sesi penghargaan dan bergambar, sekali gus menandakan komitmen berterusan INASIS Proton dalam melahirkan graduan holistik yang cakna dan kompeten. – INASIS Proton

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button