Campus

UUM dan Eve Energy perkasa kerjasama menerusi penajaan sukan dan projek berteraskan SDG

Berita dan gambar Siti Nazirah Jaya

SINTOK, 7 Julai 2025: Pusat Kerjasama Universiti- Industri (CUIC), Universiti Utara Malaysia (UUM) menerima kunjungan hormat daripada syarikat multinasional Eve Energy Malaysia Sdn. Bhd. yang berpangkalan di Padang Meha, Kulim.

Lawatan ini berlangsung dengan penuh mesra dan konstruktif dalam usaha menjalin kerjasama strategik antara dunia industri dan akademia.

Delegasi Eve Energy diketuai oleh barisan pegawai kanan daripada Jabatan Perhubungan Awam, iaitu Pengurus Perhubungan Awam, Karyn Low; Pengurus Kanan, Fong Chai; Penyelia Perhubungan Awam, Amani Zulkipli dan Pengurus Perhubungan Awam, Ainaa Shukri.

UUM pula diwakili oleh barisan penyelaras industri dari ketiga-tiga kolej akademik utama iaitu Penyelaras UUM COB, Dr. Safwan Marwin Abdul Murad; Penyelaras UUM COLGIS, Dr. Zuliana Azwa Zulkifli, dan Penyelaras UUM CAS, Dr. Nuramalina Mohamad Na’in di bawah koordinasi Bahagian Jaringan Industri, Pusat Kerjasama Universiti-Industri (CUIC).

Dr. Safwan berkata, antara intipati penting perbincangan adalah cadangan peluang kerjasama dalam bentuk penajaan aktiviti kesukanan dan kebudayaan, yang dijangka akan melibatkan kolaborasi dengan Pusat Ko-Kurikulum dan Pusat Budaya UUM.

Delegasi Eve Energy turut menyatakan minat yang tinggi untuk terlibat dalam projek-projek universiti yang menyokong Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals, SDG).

Kerjasama ini diharapkan dapat membuka lebih banyak ruang untuk penglibatan industri dalam pembangunan bakat mahasiswa serta menyokong agenda universiti dalam memperkasa ekosistem pendidikan berimpak tinggi.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button