Campus

UUM manfaatkan sumbangan untuk tingkat khidmat perubatan wakaf

Gambar oleh Muhammad Shamsul Shafie

SINTOK, 15 Februari 2026:Sumbangan berjumlah RM30,000 daripada firma guaman, Tetuan Anissah & Marina kepada Universiti Utara Malaysia (UUM) telah dimanfaatkan dengan pembelian pelbagai peralatan perubatan wakaf.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Ram Al Jaffri Saad berkata, sebanyak 29 unit pelbagai peralatan dibeli menerusi sumbangan tersebut akan memberi manfaat kepada pesakit di bawah konsep perubatan wakaf.

“Bagi pihak UUM, saya menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada atas sumbangan itu yang dapat meningkatkan perkhidmatan kesihatan kepada pesakit. Sumbangan ini sangat bernilai kerana ia memudahkan rawatan dan menyediakan perkhidmatan lebih selesa dan efisien kepada pelajar, kakitangan dan masyarakat yang memerlukan”, katanya ketika Majlis Penyerahan Peralatan Wakaf Kesihatan di bilik seminar Pusat Kesihatan dan Kesejahteraan Universiti (PKKU) yang dianjurkan Pusat Zakat dan Wakaf (PZW) dengan kerjasama PKKU.

Peralatan tersebut merangkumi katil hospital elektrik dan manual sebanyak 5 unit, tilam hospital (5 unit), tongkat lengkung dan tongkat biasa sebanyak 7 unit, kerusi roda (4 unit), katil medan/kecemasan (4 unit) dan pemekat oksigen (oxcygen concentrator) sebanyak 4 unit.

Menurutnya lagi, amalan wakaf merupakan satu perkara yang mulia apabila ia memberi manfaat berpanjangan selain membina kesedaran sivik dan pentingnya pelaksanaan tanggungjawab sosial dalam kalangan masyarakat.

Beliau berharap sumbangan oleh Tetuan Anissah & Marina ini akan menjadi inspirasi kepada lebih banyak pihak tampil bagi menjayakan program wakaf kesihatan diterajui UUM ini. – Noor Zafiera Ahmad Idris (Pelajar Praktikum JKK).

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button