Education

Pengurusan kewangan peribadi ketengah isu keselamatan akaun bank

SINTOK: Satu sesi perkongsian mengenai pengurusan kewangan peribadi telah diadakan di Dewan Seminar, Pusat Islam Universiti Utara Malaysia (UUM), baru-baru ini.

Program ini menarik perhatian ramai peserta yang terdiri daripada warga kampus termasuk pesara dan bakal pesara.

Sesi tersebut dikendalikan oleh Pengurus Bank Islam Zon Utara, Mohd Faisul Daud; Pengurus Bank Islam Cawangan UUM Sintok, Mohamad Yusri Omar; Relationship Manager Kedah Perlis, Ruzaini dan wakil Takaful Malaysia, Cawangan Alor Setar, Nor Mustaqeem.

Antara topik yang dibincangkan termasuklah tips keselamatan akaun bank, scam awareness tips, penyediaan bajet, pengurusan hutang, dan pelaburan yang bijak serta kepentingan membuat perancangan kewangan jangka panjang untuk mencapai kestabilan kewangan.

Wakil daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Cawangan Alor Setar turut hadir berkongsi produk-produk terkini yang ditawarkan pihak KWSP yang boleh dimanfaatkan oleh staf UUM sebagai penjawat awam dan membuka kaunter semakan akaun KWSP.

Ketua Unit Latihan, Jabatan Sumber Manusia, Kartini Tajul Urus berkata, program ini diadakan dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pengurusan kewangan yang baik dan memberikan peserta pengetahuan serta strategi untuk menguruskan kewangan mereka dengan lebih efisien.

Menurutnya, beliau berharap sesi perkongsian ini dapat membantu warga kampus membuat keputusan kewangan yang lebih bijak dan mencapai matlamat kewangan peribadi mereka dengan lebih berkesan.

Peserta turut diberi peluang untuk bertanya dan berbincang secara langsung dengan penceramah mengenai isu-isu kewangan peribadi yang mereka hadapi. Pihak Bank Islam turut menyediakan cabutan bertuah berupa hamper dan Gold Coin kepada peserta sebagai penghargaan atas sokongan mereka pada sesi perkongsian ini. – Nurul Balkis Abdullah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button