Education

Dua staf UUM terima Anugerah Pentadbir Gemilang Universiti Awam Malaysia

PULAU PINANG: Dua staf Universiti Utara Malaysia (UUM) menerima pengiktirafan di Anugerah Pentadbir Gemilang Universiti Awam Malaysia 2024 sempena Konvensyen Pentadbir Universiti Awam Malaysia 2024 di Double Tree Hotel, dekat sini.

Mereka ialah Mohd Fairus Abd Majid yang menerima pingat perak Anugerah Khidmat Komuniti dan Kesukarelawanan dan Noriza Hussain menerima pingat gangsa bagi Anugerah Inovasi Kejuruteraan, Teknologi Maklumat dan Komunikasi di bawah Kategori Anugerah Pentadbir Terbilang.

Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas UUM (PERPATI) pula menerima hadiah saguhati bagi Anugerah Persatuan Pentadbir Unggul.

Pendaftar, Universiti Sains Malaysia (USM), Mohd Azizudin Mohd Shariff merakamkan ucapan penghargaan kepada semua kerana sesungguhnya anugerah itu adalah sebagai menghargai pemimpin lama.

Menurutnya, sudah ramai pentadbir yang berjaya memiliki doctor falsafah (PhD) dan ia menambahkan lagi keterlihatan kehebatan pentadbir dan advokasi pengetahuan fungsional mereka.

Katanya, kelihatan kian bertambah inovasi berimpak dan dokumentasi idea yang pragmatik baik dalam bebentuk penulisan serta karya-karya bermutu, pengiktirafan sudah semakin bermakna dan disambut baik oleh pentadbir dan sangat diraikan oleh mereka.

“Kepimpinan pentadbir yang diterajui oleh pendaftar muda sekarang ini sangat energetik dan dihormati oleh kepimpinan strategik Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mendorong semangat mereka untuk memberi yang terbaik.

“Momentum pentadbir muda sekarang jika diberikan ‘enabler’ yang sebaiknya, saya yakin era kini amat sesuai untuk memposisikan peranan signifikan pentadbir di universiti awam (UA) dan kebolehan pentadbir sekarang juga boleh dimanfaatkan sebagai ‘Talent Revenue’ kepada universiti yang digerakkan di peringkat nasional,” katanya.

Beliau berkata, fokus signifikan UA yang kian berubah tidak hanya kepada kecemerlangan akademik dan kemenjadian pelajar tetapi kian menjurus bagaimana kelangsungan UA dengan fungsi governan dan keupayaan ekosistem kewangan yang lebih membuka ruang kepada pentadbir untuk berkarya.

Menurutnya, beliau berharap era pembiayaan sendiri yang perlu dilalui oleh UA membuatkan banyak pihak dalam universiti sangat bergantung kepada kebijakan pentadbir memberdayakan sumber dan membangunkan kapasiti yang ada.

Antara kategori lain yang turut dipertandingkan ialah Anugerah Perdana Pentadbir UA.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button