Education

Eksplorasi seni visual pelajar SCIMPA dan INASIS Bank Rakyat

YOGYAKARTA: Pelajar Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan (SCIMPA) dan Inapan Siswa (INASIS) Bank Rakyat yang terlibat dengan program mobiliti tidak berkredit di Universitas Islam Indonesia (UII) teruja dengan pengembaraan dan eksplorasi seni visual melalui fotografi di sekitar Malioboro dan Ledok Sambi, Indonesia.

Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), SCIMPA, Dr. Syamsul Hirdi Muhid berkata, program mobiliti tidak berkredit bersama dengan Universitas Islam Indonesia ini memberi pendedahan berkenaan budaya dan seni dari Indonesia melalaui platform media kreatif yang mengasah bakat dan kreativiti pelajar dalam bidang seni kreatif khususnya dalam konteks fotografi.

Menurutnya, pelajar diberi tugasan berkumpulan dengan pelajar UII bagi memberi peluang percambahan idea yang menarik dan yang paling penting, memupuk kebersamaan untuk menyiapkan tugasan bersama, memecahkan tembok perbezaan dan mencari titik persamaan demi menghasilkan karya kreatif yang baik.

Eksplorasi seni visual bermula apabila para pelajar berpeluang meneroka Jalan Malioboro yang di bimbing oleh pensyarah UII, Dr. Zaki Habibi untuk sesi ‘Urban Walking Workshop’.

Perjalanan bermula di Tugu Jogja hingga ke Malioboro dan setiap langkah perjalanan setiap individu perlulah didorong oleh elemen ‘sensory’, tidak hanya dengan apa yang boleh diperlihatkan sahaja, berdasarkan perspektif yang dinilai oleh diri masing-masing.

Selain itu, Ledok Sambi pula menjadi lokasi seterusnya bagi program ‘Photography Workshop’ yang dikendalikan oleh Handoyo, pensyarah UII dan juga penggiat industri menerangkan tentang teknik dan konsep fotografi, memberi tugasan di sekitar Ledok Sambi dan memberi maklum balas terhadap hasil fotografi daripada pelajar.

Presiden Kelab Pelajar SCIMPA, Creative Innovative Association (CIA) yang juga merupakan salah seorang ahli rombongan pelajar dari SCIMPA, Noor Adilla Fadzwannie Mohd Fadzli menyifatkan program mobiliti tidak berkredit ke UII ini memberi satu perspektif yang berbeza di mana pelajar berpeluang belajar di luar kelas dan luar negara dengan tenaga pakar fotografi dari UII yang juga berpengalaman luas dalam bidang tersebut.

Rombongan program mobiliti ini turut disertai Pengetua INASIS Bank Rakyat, Dr. Mohd Fitri Yusof. – Nor Yasmin Abdullah dan Noor Anisya Ayuni Abdullah (Pelajar SCIMPA)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button