Bengkel Hala Tuju dan Perancangan Strategik eratkan hubungan staf PPKKG
Gambar PPKKG
PULAU PINANG: Pusat Pembangunan Kerjaya dan Kebolehpasaran Graduan (PPKKG), Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mengadakan Bengkel Hala Tuju dan Perancangan Strategik PPKKG Tahun 2025 di Hotel Sentral Seaview selama tiga hari bermula 10 Oktober lalu.
Pengarah PPKKG, Dr. Fikriyah Abdullah berkata, dengan pelaksanaan program ini, PPKKG akan mempunyai hala tuju dan perancangan strategik yang jelas untuk memastikan kejayaan dalam membantu graduan mempersiapkan diri untuk pasaran kerja yang semakin dinamik.
Beliau mengalu-alukan kedatangan staf PPKKG dan menghargai komitmen yang diberikan oleh staf PPKKG kerana dapat menghadirkan diri ke bengkel ini.
Bengkel diteruskan lagi dengan sesi perbincangan mengenai program-program di bawah tiga unit utama PPKKG iaitu Graduate Employability (GE), Finishing School (FS) dan School of Hard Knocks (SoHK) di mana semua staf PPKKG memberi idea dan pendapat masing-masing dalam bengkel ini.
Diikuti hari kedua dengan lawatan industri PPKKG ke InvestPenang bagi membincangkan peluang kerjasama strategik antara kedua-dua pihak.
Lawatan ini dapat membina hubungan dengan industri untuk menyediakan peluang kerjaya dan latihan kepada pelajar, di samping membincangkan tentang pelbagai program dan kursus yang akan dijalankan untuk membekalkan pelajar dengan kemahiran yang diperlukan di pasaran kerja.
Slot petang diteruskan lagi dengan sesi perbincangan mengenai visi dan misi PPKKG serta mengadakan SWOT (Strengths, Weaknesses, Opportunities, and Threats) analisis bersama Dekan Hal Ehwal Pelajar, Prof. Madya Dr. Massudi Mahmuddin yang bertujuan untuk memastikan hala tuju PPKKG yang lebih jelas bagi tahun 2025.
Selain itu, PPKKG turut mengadakan aktiviti latihan dalam kumpulan yang terdiri daripada aktiviti utama seperti Up and Down, Cup Tower Challenge, Team Building Activity serta beberapa aktiviti lagi agar dapat mengeratkan hubungan silaturahim serta rasa semangat berpasukan di kalangan staf PPKKG. – Anis Zulaikha Kamal