Education

Kem Kepimpinan platform Pusat Asasi Pengurusan lahir pemimpin unggul

Gambar Pusat Asasi Pengurusan

SIK: Seramai 98 pelajar Program Asasi Pengurusan Sesi 2024/2025 telah terpilih untuk mengikuti Kem Kepimpinan yang berlangsung selama tiga hari bermula pada 10 hingga 12 Oktober lalu di Kem KEDA Bendang Man.

Pengarah Pusat Asasi Pengurusan, Prof. Dr. Muhammad Fuad Othman berkata, Kem Kepimpinan ini adalah salah satu program berimpak tinggi yang dianjurkan oleh Pusat Asasi Pengurusan (PAP) pada setiap sesi kemasukan pelajar.

Menurutnya, program ini bertujuan untuk menerapkan aspek kepemimpinan yang unggul kepada peserta yang akan menerajui Persatuan Pelajar Asasi Pengurusan.

“Pengisian program ini bukan sahaja memberikan peserta pengalaman dan pendedahan yang berharga, tetapi juga memberikan ilmu dan kemahiran yang berguna untuk kehidupan.

“Di samping itu, dapat meningkatkan keyakinan diri dan kesiapan diri pelajar untuk menghadapi cabaran-cabaran yang akan datang,” katanya.

Antara pengisian program adalah sesi latihan dalam kumpulan, Sesi Motivasi bersama Farhaan Rahmat, jungle tracking, night walk dan sesi kerohanian.

Dalam program ini, peserta telah melalui pelbagai aktiviti yang menarik dan bermakna, malah diwajibkan untuk mengikuti semua aktiviti fizikal yang menguji ketahanan dan kecekalan mereka.

Selain itu, pelajar juga didedahkan dengan nilai-nilai keagamaan dan jati diri sebagai seorang Muslim dan seorang rakyat Malaysia bagi melahirkan seorang pemimpin yang amanah, bertanggungjawab, berintegriti dan berhemah tinggi.

Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah (Akademik) PAP, Masanita Mat Noh dan Timbalan Pengarah (Pembangunan Pelajar) PAP, Mohd Idzwan Yacob. – Nur Diyana Othman

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button