General

Golden Globe Tigers Awards Iktiraf Prof Norazah

Kuala Lumpur: Golden Globe Tigers Awards mengiktiraf kecemerlangan dan komitmen Prof. Ts Dr. Norazah Mohd Suki sebagai Profesor Terbaik Pemasaran dan Keusahawanan.

Beliau yang merupakan Profesor Pemasaran dan E-dagang di Othman Yeop Abdullah Graduate School of Business (OYAGSB), Universiti Utara Malaysia (UUM) menerima anugerah tersebut pada edisi ke-11 Anugerah Golden Globe Tigers yang diadakan di Pullman Kuala Lumpur City Centre Hotel & Residences, kelmarin.

Penerima Anugerah Golden Globe Tigers dipilih berdasarkan proses penyelidikan menyeluruh melalui senarai pendek individu yang memiliki pencapaian dan rekod prestasi yang terbukti kecemerlangannya, atas semakan teliti dan keputuan muktamad penerima selayaknya oleh panel juri profesional terkemuka daripada seluruh dunia.

“Anugerah Golden Globe Tigers mengiktiraf ‘Tigers’ dalam pemasaran, penjenamaan, tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan inovasi sosial, serta pendidikan di semua peringkat kepimpinan.

“Anugerah ini diberikan kepada individu dan organisasi yang cemerlang, berprestasi tinggi dan memastikan matlamat kerja sentiasa berdaya saing,” ujarnya.

Jelasnya, penerima Anugerah Golden Globe Tigers dipilih berdasarkan proses penyelidikan menyeluruh melalui senarai pendek individu yang memiliki pencapaian dan rekod prestasi yang terbukti kecemerlangan, atas semakan teliti dan keputuan muktamad penerima selayaknya oleh panel juri profesional terkemuka daripada seluruh dunia.

Prof. Norazah menzahirkan penghargaan kepada penganjur dan panel juri profesional terkemuka daripada seluruh dunia yang mengiktiraf segala pengalaman kerja beliau yang mencerminkan kualiti kerja, penyelidikan dan penerbitan yang cemerlang dan berimpak tinggi.

“Alhamdulillah, saya bersyukur dengan anugerah berprestij ini yang meletakkan UUM pada peta global kecemerlangan akademik dan optimis untuk terus mengharumkan nama UUM di mata dunia,” katanya.

Di samping itu katanya, anugerah ini menzahirkan kualiti kepimpinan dalam mempamerkan usaha yang aktif, kreatif dan integratif dalam mencapai keputusan terbaik dalam membantu rancangan pembangunan organisasi dan negara.

Beliau berkata, pengiktirafan tersebut telah meletakkan UUM pada peta global kecemerlangan yang membawa kebanggaan kepada universiti dan negara.

Beliau juga diiktiraf dalam ‘Stanford University’s World’s Top 2% Scientists’ sejak 2019 dan ‘Career-Long Achievements’, penerima ‘Malaysia’s Research Star Award 2018’, ‘Highly Commended Paper dalam Emerald Literati Network Awards for Excellence 2015 dan 2017’ dan pemenang ‘IGI Global’s Seventh Annual Excellence in Research Journal Award’.

Prof. Norazah turut menerbitkan lebih 300 kertas kerja penyelidikan dalam bidang pemasaran, keusahawanan, pengurusan perniagaan dan e-dagang dengan h-indeks SCOPUS terkini sebanyak 31 selain editor beberapa buku yang diindeks di SCOPUS.

Selain cemerlang dalam akademik, Prof. Norazah telah dianugerahkan Pingat Am Pertahanan Awam pada 2017 dan Pingat Bakti Pertahanan Awam pada 2021 oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia atas penglibatan aktif beliau dalam aktiviti kokurikulum Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor Sispa).

Sementara itu, Naib Canselor, Prof Dr Mohd Fo’ad Sakdan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas kejayaan membawa nama UUM ke pentas dunia serta menjadi sumber motivasi kepada ahli akademik yang lain.

“Saya berharap pencapaian ini dapat menjadi inspirasi kepada semua dan menunjukkan tiada yang mustahil jika kita terus berusaha bekerja keras dalam setiap kerja yang diamanahkan ke arah mencapai visi dan misi organisasi.

“Saya rasa bersyukur dan gembira dengan pencapaian ini. Pengiktirafan di peringkat global itu juga memberi peluang kepada universiti untuk meningkatkan keterlihatan UUM di peringkat antarabangsa,” katanya.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button