GeneralOff Campus

SLCP santuni penduduk Kampung Sadu kukuh hubungan universiti-komuniti

SIK: Jawatankuasa Kerohanian dan Rekreasi Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah (SLCP), Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menganjurkan Program Menyantuni Masyarakat dan Melestarikan Alam di Kampung Sadu, baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerohanian dan Rekreasi, SLCP, Prof. Madya Dr. Mohd Nizho Abdul Rahman berkata, program berbentuk University Social Responsibility (USR) dan Knowledge Transfer Programme (KTP) ini bertujuan membantu usaha membasmi kemiskinan di Kampung Sadu yang dilihat sebagai langkah yang baik untuk memperkukuhkan hubungan antara universiti dan komuniti setempat.

Menurutnya, program bersama masyarakat seperti ini juga dilihat mampu meningkatkan kesedaran sosiolinguistik dan kebudayaan melalui sesi pembelajaran dialek Kedah Sik bersama masyarakat setempat.

“Sumbangan telekung dan Al-Quran walaupun kecil merupakan adalah simbol keikhlasan daripada usaha pihak universiti menyemai kasih sayang dan persaudaraan dalam komuniti.

“Usaha ini ialah manifestasi daripada semangat khidmat masyarakat yang mengingatkan kita bahawa setiap amal kebajikan walau kecil sekalipun akan mendatangkan keberkatan dan rahmat Allah S.W.T,” katanya.

Seramai 32 staf akademik dan pentadbiran daripada SLCP telah mengambil bahagian dalam program khidmat masyarakat itu.

Related Articles

Back to top button