General

Naib Canselor sembah maklum tentang majlis konvokesyen dan Anugerah PPS

UUM ONLINE: Alor Setar – Sultan Kedah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) telah perkenan terima menghadap Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Mohd Foad Sakdan di Wisma Darul Aman, semalam.

Pada sesi menghadap itu, Dr. Mohd Foad menyembah maklum kepada Tuanku Canselor mengenai Majlis Anugerah Pingat Perkhidmatan Setia (PPS) dan Majlis Konvokesyen UUM ke 37.

Majlis anugerah pingat akan membabitkan pengiktirafan khas kepada kakitangan berkhidmat selama 25 tahun di UUM sebagai tanda penghargaan atas jasa mereka terhadap universiti.

Selain itu, Tuanku Canselor turut disembah maklum tentang Majlis Konvokesyen Ke-37 UUM yang akan berlangsung pada 10 hingga 14 November depan yang akan membabitkan graduan melebihi 5,000 pelajar Ijazah Doktor Falsafah (PhD), Sarjana dan Sarjana Muda.

Turut hadir majlis menghadap ialah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed; Pendaftar UUM, Ahmad Rasidi Abdullah dan Pengarah Jabatan Komunikasi Korporat, Dr. Azahar Kasim.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button