General

INASIS SME Bank dekati penghuni Penjara Sungai Petani

SUNGAI PETANI: Sempena sambutan Bulan Kemerdekaan, staf pentadbiran Inapan Siswa (INASIS) SME Bank mendekati penghuni penjara dalam Program Pemantapan Rohani Sempena Bulan Kemerdekaan bersama Jabatan Penjara Sungai Petani, baru-baru ini.

Pengetua INASIS SME Bank, Dr. Faisal Zulhumadi berkata, objektif utama program tersebut adalah untuk membuka peluang kepada institusi pengajian tinggi (IPT) mendekati penghuni penjara dalam menyusun program-program yang dapat membantu mereka apabila keluar kelak menjadi ahli masyarakat bermanfaat serta mengubah kehidupan yang lebih baik.

Menurutnya, selain itu, pihaknya juga merancang untuk mengadakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) pada masa hadapan.

Katanya, INASIS SME Bank akan mengadakan ‘Program Dimana-Mana Ada INASIS SME BANK’ di mana pihak Jabatan Penjara membenarkan kerja-kerja sukarelawan daripada warga INASIS SME Bank untuk menaik taraf bilik-bilik kelas dalam Sekolah Intergriti Penjara Sungai Petani pada Oktober 2024.

“Dengan menaik taraf bilik-bilik ini dapat meningkatkan semangat banduan untuk membaiki nasib mereka apabila keluar nanti dengan menjadi individu yang berjaya dalam bidang diceburi nanti.

“Kepekaan dan keprihatinan dalam mengeratkan hubungan yang merupakan seruan Al-Quran ini menjadi kekuatan pihak INASIS SME Bank untuk menyusun program-program kemasyarakatan, di samping membantu menaikkan KPI UUM dan INASIS SME Bank dari semasa ke semasa,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Penjara Sungai Petani, Penolong Komisioner Penjara (PKP) Zakaria Razali berkata, kehadiran organisasi luar seperti INASIS SME Bank ini membuka pendedahan pelbagai maklumat mengenai institusi penjara kepada masyarakat luar amnya.

Di samping itu, menurutnya, terdapat pelbagai peluang dapat diadakan seperti program khidmat masyarakat yang boleh diadakan bersama warga penjara, sekali gus membantu warga penjara khususnya dan warga INASIS SME Bank amnya mencapai objektif masing-masing.

Staf INASIS SME BANK berpeluang melawat ke ruang penjara yang menempatkan banduan-banduan yang berusia 21 tahun ke bawah untuk mendapatkan pengajian peringkat sekolah menengah yang lengkap dengan tenaga pengajar dari Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pada masa yang sama terdapat empat banduan akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan diadakan kelas khas kepada mereka untuk mengambil semua subjek pada SPM 2024 ini, malah terdahulu terdapat bekas banduan berjaya memperoleh 9A dan 6A.

Turut diadkan sesi penyerahan Jalur Gemilang kepada Jabatan Penjara Sungai Petani yang disampaikan oleh Dr. Faisal  PKP Zakaria sebagai simbolik sambutan Bulan Kebangsaan ke-67. – Zaiful Izwan Ibrahim

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button