Postnormal Times MADANI rangsang pemikiran warga UUMKL
KUALA LUMPUR: Universiti Utara Malaysia Kampus Kuala Lumpur (UUMKL) telah mengadakan lawatan ke The Postnormal Times MADANI Exhibition pada 21 Ogos lalu di Berjaya Times Square.
Pameran ini yang akan diadakan sehingga bulan November 2024 menawarkan penjelajahan mendalam tentang zaman pascanormal melalui ekspresi seni yang menggambarkan perubahan dunia dengan menonjolkan hakikat dan ciri-ciri zaman pascanormal.
Ketua Kampus, Prof. Dr. Norlena Hasnan merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pengasas Utama Pameran, Scott Jordan bersama urus setia program kerana sudi memberi penerangan terperinci kepada pasukan UUMKL.
Jordan menghidupkan pendekatan MADANI yang menekankan kepentingan di antara topik-topik pameran yang merangsang pemikiran seperti klasik, moden, pascamoden dan pascanormal.
Pameran ini juga mempamerkan karya enam artis Malaysia yang telah menerima dan mentafsirkan salah satu daripada enam pemacu etika MADANI Malaysia: Kemampanan, Kesejahteraan, Dayacipta, Hormat, Keyakinan dan Ihsan.
Penganjur pameran berharap peserta dapat memahami dan mendalami dengan apa yang berlaku pada masa kini dan bagaimana pemahaman tentang MADANI dapat membantu mendepani apa sahaja demi kemajuan negara. – Hisaruddin Ahmat