General

‘SOL Bowling Bash with Alumni’ kekal hubungan dengan alma mater

JITRA: Kelab Kebajikan Pusat Pengajian Undang-Undang, Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan kerjasama Pusat Pengajian Undang-Undang (SOL) UUM telah menganjurkan pertandingan boling bertema ‘SOL Bowling Bash with Alumni’ di Lite Superbowl JB, di sini, baru-baru ini.

Penolong Naib Canselor UUM COLGIS merangkap Dekan SOL, Prof. Dr. Harlida Abdul Wahab berkata, pertandingan boling ini adalah sebahagian daripada aktiviti bersama alumni bagi mengekalkan jalinan hubungan yang berpanjangan serta konsisten antara alumni dengan alma mater.

Menurutnya, ‘SOL Bowling Bash with Alumni’ bukan sahaja menjadi platform untuk mengeratkan hubungan antara staf dan alumni, tetapi juga menyemarakkan semangat kekitaan dan kerjasama.

Selain itu, katanya, peserta berpeluang beramah mesra dan memperkukuh jaringan profesional mereka serta memenuhi aspek keseimbangan kehidupan dan kerja (work-life balance). 

Pertandingan ini disertai staf dan alumni SOL serta staf Uniutama Property Sdn Bhd (UPSB) yang menjadikan suasana bertambah meriah dan penuh semangat.

Peserta dibahagikan kepada kumpulan yang terdiri daripada empat ahli, masing-masing bersaing dengan penuh semangat kesukanan. Pengiraan mata dilakukan berdasarkan jumlah jatuhan pin yang tertinggi menambah elemen persaingan yang mengujakan.

Hadiah disampaikan oleh Dr. Harlida merangkumi hadiah utama, tempat kedua dan ketiga, selain daripada individu peserta lelaki dan wanita bagi jumlah jatuhan pin tertinggi serta cabutan bertuah.

Kehadiran dan sokongan semua pihak menjadikan acara ini satu pengalaman berharga yang tidak dilupakan. – Shaidah Shaari

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button