General

Lawatan penandaarasan DoR, UiTM Global ke BPPK

Fokus tadbir urus penarafan dan kelestarian

SINTOK: Bahagian Penarafan (DoR), UiTM Global baru-baru ini mengadakan lawatan penandaarasan ke Bahagian Perancangan dan Prestasi Korporat (BPPK), Universiti Utara Malaysia (UUM).

Lawatan ini diketuai oleh Pengarah DoR, Ir. Dr. Amirul Abd Rashid disertai Ketua Impak Global, Prof. Madya Ts. Dr. Rosdiyana Hasham@Hisam dan empat pegawai yang lain.

Sesi lawatan ini merangkumi perkongsian strategi dan pendekatan tadbir urus BPPK yang diketuai oleh Pengarah BPPK, Prof. Madya Dr. Mazni Omar, khususnya dalam pencapaian penarafan universiti di peringkat nasional dan global.

Seterusnya, Bahagian Penarafan UiTM Global turut berkongsi gambaran umum tentang misi dan inisiatif strategik yang sedang dilaksanakan di UiTM.

Perkongsian seterusnya mengenai kelestarian telah disampaikan oleh Pengarah Pusat Pengujian, Pengukuran, dan Penilaian (CeTMA), Prof. Madya Dr. Masnita Misiran @ Bakun yang menekankan usaha UUM dalam memperkukuhkan kelestarian melalui inisiatif seperti UUM Living Campus.

Dr. Mazni berkata, lawatan ini merupakan satu langkah strategik yang penting dalam memperkukuh serta mempertingkatkan kerjasama antara UiTM dan UUM, terutamanya dalam usaha meningkatkan mutu penarafan universiti dan memperluas horizon kelestarian.

Selain itu, menurutnya, ia juga bertujuan untuk mengukuhkan strategi dan amalan terbaik dalam pengurusan universiti. Perkongsian pengetahuan dan pengalaman ini diharapkan dapat membantu UUM dan UiTM dalam mencapai kecemerlangan dalam aspek tadbir urus, kelestarian, dan penyelidikan, sekaligus memperkukuh kedudukan UUM di peringkat nasional dan global. – Nur Liyana Noor Ismadee

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button