General

CUIC dan Inari Amertron kukuh kerjasama dalam bidang ESG dan OSH

SINTOK: Dalam usaha memperkukuh hubungan kerjasama sedia Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Inari Amertron Berhad, Pusat Kerjasama Universiti-Industri (CUIC) selaku hab bagi hubungan universiti – industri  membawa misi penting bagi meneroka potensi kerjasama baru terutamanya dalam bidang Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) serta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH).

Lawatan yang diketuai Pengarah CUIC, Prof. Dr. Chandrakantan Subramaniam turut disertai oleh Pengarah Asian Research Institute for Corporate Governance (ARICG), Prof. Dr. Noor Afza Amran dan Pengerusi Program Sarjana Muda di Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM), Prof. Madya Dr. Zuraida Hassan.

Dr. Chandrakantan sempat meluangkan masa membuat perbincangan bersama Timbalan Naib Presiden, Inari Technology Sdn. Bhd., Noorazidi Che Azib. 

Menurutnya, fokus utama lawatan ini adalah untuk mengenal pasti potensi kerjasama khususnya dalam bidang ESG, OSH, dan topik-topik berkaitan kelestarian yang lain.

Katanya, CUIC memainkan peranan penting dalam menghubungkan sumber dan kepakaran universiti dengan keperluan industri, dan lawatan ini menonjolkan misi berterusan CUIC untuk memupuk kerjasama bermakna yang memberi manfaat kepada kedua-dua sektor akademik dan korporat.

Inari Amertron Berhad merupakan syarikat terkemuka dalam industri semikonduktor menawarkan peluang yang berharga untuk UUM memperkukuhkan penyelidikan dan aplikasi praktikal dalam ESG dan OSH, memastikan kedua-dua pihak terus berada di hadapan dalam tren industri.

Hasil lawatan dan perbincangan yang produktif kali ini dijangka membuka jalan kepada inisiatif-inisiatif masa depan, memastikan hubungan yang lebih kukuh antara CUIC, ARICG, SBM, dan Inari Amertron Berhad pada masa akan datang.

Lawatan turut dihadiri oleh Prof. Madya Dr. Johanim Johari, Prof. Madya Dr. Md. Lazim Mohd Zin, Dr. Haikal Ismail, Dr. Saidatul Nurul Hidayah Jannatun Naim Nor Ahmad dan Dr. Sharif Shofirun Sharif Ali. – Siti Nazirah Jaya

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button