General

Wakil MOF tinjau kemajuan Program Pendayaan Komuniti@UniMADANI

Changlun, 28 Oktober – Ahli Lembaga Pengarah Universiti Utara Malaysia (UUM), Noor Alifah Norzam yang juga wakil Kementerian Kewangan Malaysia telah mengadakan lawatan tapak ke projek komuniti di bawah inisiatif Program Pendayaan Komuniti@UniMADANI, baru-baru ini.

Lawatan ini bertujuan menilai kemajuan dan keberkesanan program yang dirancang untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat setempat, khususnya golongan B40.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Russayani Ismail, dan Pengarah Pusat Kerjasama Universiti-Industri (CUIC), Prof. Dr. Chandrakantan Subramaniam bersama ahli penyelidik dan peserta program.

UUM telah menerima peruntukan RM500,000 daripada Kementerian Kewangan untuk melaksanakan dua projek iaitu Projek Tanaman Cili Fertigasi yang diketuai oleh Dr. Rozana Samah manakala Projek Pembangunan Ekonomi Komuniti Akuaponik (PEKA) diketuai oleh Prof. Madya Ts. Dr. Mohamad Farizal Rajemi.

Projek PEKA memberi manfaat kepada 30 keluarga B40 di Changlun dan Kulim, manakala Projek Tradisi-Cili melibatkan 25 peserta di Kampung Tradisi, Changlun.

Kedua-dua projek dijangka menjana pendapatan tambahan antara RM300 hingga RM600 sebulan dan membuka peluang pekerjaan dalam sektor pertanian moden.

Pada akhir lawatan, Noor Alifah menyuarakan sokongan penuh terhadap projek-projek ini dan memuji kerjasama erat antara UUM dan komuniti setempat, sambil berharap kolaborasi ini akan terus membawa manfaat jangka panjang.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button