General

Reruai Pameran UUM gamit ramai pengunjung

PUTRAJAYA: Pengunjung Festival Idea Putrajaya mengamit puluhan ribu tidak melepaskan peluang mengunjungi booth Universiti Utara Malaysia (UUM) bagi membeli buku dan melihat produk inovasi universiti ini.

Malahan penyanyi tanah air, Haziq Rosibe yang juga Alumni tidak ketinggalan mengunjungi reruai pameran UUM selepas membuat persembahan di pentas utama festival.

Reruai pameran UUM yang menjual buku terbitan UUM Press dan pameran produk inovasi menarik perhatian ramai pengunjung kalangan ahli akademik, pelajar universiti dan politeknik  dari seluruh negara.

Festival yang berlangsung pada 27 hingga 29 November 2024 merupakan permulaan inisiatif tahunan Kementerian Pengajian Tinggi untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan intelektual dan inovasi.

Acara yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dianjurkan oleh KPT dengan sokongan penuh Kerajaan Malaysia menekankan kepentingan idea dalam membentuk sejarah dan tamadun manusia.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir, dalam ucapan alu-alukan mengatakan : “Hari ini kita memulakan sebuah langkah bersejarah. Satu permulaan kepada perubahan besar yang mungkin belum dirasai sepenuhnya, tetapi pasti akan membawa impak mendalam pada masa depan negara,”

Beliau turut menekankan cabaran globalisasi, perkembangan teknologi dan isu alam sekitar yang memerlukan persediaan rapi untuk menghadapi perubahan pantas dalam dekad akan datang. Selain itu, generasi muda diingatkan untuk bersedia menghadapi cabaran ini dengan ilmu dan idea baharu.

Festival ini akan dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada hari ini.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button