Pelajar UUM juara Pertandingan BISC 2024
Berita dan gambar Prof. Madya Dr. Norzalina Ahmad
KUALA LUMPUR, 2 Disember 2024: Universiti Utara Malaysia (UUM) telah merangkul gelaran juara Pertandingan Bursa Inter-Varsity Stock Challenge (BISC) yang dimenangi pelajar Sarjana Muda Kewangan, Tan Zhen yang merangkul hadiah RM20,000.
Sepanjang 3 bulan dagangan, Tan Zhen berjaya mencipta pulangan dagangan saham sebanyak RM2.6 juta. Tempat kedua hingga kelima juga turut dimonopoli oleh pelajar UUM di mana tempat kedua menerima hadiah RM15,000 dimenangi oleh Hor Kam Hong dari Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan dan tempat ketiga menerima RM10,000 dimenangi Kathryn Wong Khai Lynn dari Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan.
Mereka merupakan antara 600 penyertaan daripada pelbagai universiti di Malaysia yang mengambil bahagian, namun hanya 12 peserta dari UUM berjaya melangkah ke peringkat akhir.
BISC merupakan pertandingan perdagangan saham yang direka untuk mencabar pelajar universiti mencapai pulangan yang baik melalui pelaburan saham.
Pertandingan ini dianjurkan oleh Bursa Malaysia untuk menyediakan peluang pembelajaran berasaskan pengalaman kepada pelajar universiti dalam strategi perdagangan saham dan pelaburan.
Dengan bermodalkan RM100,000, peserta perlu menjalankan dagangan saham selama 3 bulan secara simulasi bermula 12 Ogos hingga 1 November 2024.
Seramai 20 peserta terbaik akan dipilih ke peringkat akhir dan mereka perlu membentangkan prinsip dan strategi pelaburan mereka kepada panel hakim bertempat di Bursa Malaysia pada 27 November lalu.
Senarai penuh pemenang adalah seperti berikut:
Juara – Tan Zhen – RM20,000
Naib juara – Hor Kam Hong – RM15,000
Tempat ketiga – Kathryn Wong Khai Lynn – RM10,000
Tempat keempat – Ng Xue Bin – RM5,000
Tempat kelima – Lee Sai Hin – RM3, 000
Lain-lain pemenang menerima RM500:
Wong Wai Huo, Ng Wai Kean, Ho Onn Cheek, Low Teng Jun, Jee Yao Wei, Low Choon Keat, Tung Wei Hong, Teh Wei Ying dan Loo Yong Ting.