Pertemuan dengan Chef Wan teroka peluang kerjasama untuk 2025
Gambar STHEM
KUALA LUMPUR, 22 Disember 2024: Pertemuan antara Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Mohd Foad Sakdan dan Datuk (Dr.) Redzuawan Ismail @ Chef Wan memperkukuhkan lagi kerjasama bagi 2025 dalam usaha mempelbagaikan aktiviti melibatkan Chef Wan yang merupakan Profesor Adjung di bawah Pusat Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Acara (STHEM).
Kunjungan hormat tersebut turut bertujuan membincangkan mengenai perancangan aktiviti profesor adjung bagi tahun 2025 seperti Sesi Perkongsian Chef Wan bersama warga UUM, kerjasama dalam menawarkan tempat latihan industri kepada pelajar STHEM yang mengambil bidang kulinari serta kerjasama dalam bentuk penambahbaikan peralatan bagi tujuan pengajaran pelajar di restoran latihan dan dapur latihan STHEM.
Turut hadir, Dekan STHEM, Prof. Madya Dr. Johan Afendi Ibrahim dan Pengerusi Program Kerjasama STHEM, Muharis Mohamed yang juga pegawai perhubungan di antara STHEM dengan pihak Chef Wan.
Kunjungan hormat ini amat bermanfaat agar UUM dapat meneroka peluang kerjasama yang dapat dijalankan agar dapat meningkatkan lagi nama UUM diperingkat yang lebih tinggi. – Aida Rasyidah Ahmad Muaen