General

ARICG bantu pengurusan kewangan penjaja kecil Changlun

CHANGLUN, 13 Januari 2025: Asian Research Institute for Corporate Governance (ARICG) dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Kedah telah mengadakan program Pengurusan Kewangan dalam kalangan Penjaja Kecil Pasar Tani Kekal Changlun.

Pengarah ARICG, Prof. Dr. Noor Afza Amran berkata, program ini bertujuan memberi pendedahan kepada penjaja kecil tentang cara merekod hasil jualan, mengurus modal dan merancang perbelanjaan yang baik untuk memastikan kelangsungan perniagaan mereka.

“Walaupun beroperasi dalam skala kecil, pengurusan kewangan yang teratur dapat membantu penjaja menghadapi cabaran ekonomi semasa,” katanya yang turut menjadi penceramah utama majlis tersebut.

Selain itu, felo penyelidik ARICG, Dr. Mazrah Malik@Malek bertindak sebagai fasilitator.

Turut hadir, Penolong Pegawai FAMA Daerah Kota Setar/Kubang Pasu, Abdullah Yahya dan Pengerusi Persatuan Peniaga Kecil Pasar Basah Changlun, Anuar Mohd Mokhtar serta felo penyelidik ARICG.

Pihak FAMA berharap program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan bagi mengukuhkan kedudukan ekonomi para penjaja sekaligus menyumbang kepada pembangunan ekonomi setempat. – Norhafiza Hashim

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button